1.2.12

kalut.

assalamualaikum semua. tak lama lagi tamat lah aku ber Pratikal dekat satu Institusi Kewangan Islam dekat Seremban ni. tipu lah cakap kalau tak sedih. itu yang aku bimbang. bila dah sayang kan sesuatu jenuh rupanya dan berat nak meninggalkan. tapi apa kan daya. hidup berjalan ke hadapan. bukan kebelakang.

overall tempat Pratikal aku best. dah dapat menyesuaikan diri. ia mereka kelakar. mereka open minded. mereka caring, mereka mereka. ahh best. jam satu petang wajib tidur. oh nikmat duniawi.

tadi Madam datang buat lawatan. melihat perwartakan dan suasana kerja anak murid tercinta gamak nya. aku dapat rasakan kedatangan Madam macam memberi semangat dekat aku. oh Madam Mun dan Miss Hadrah terima kasih daun keladi. dan kelakarnya, aku yang kalut. boleh masa nak jemput Madam dekat bawah aku ter punch card waktu balik.

nasib lah baik ada Kak Hawa. harap akak kasi adjust itu time ye? kasi cium muah muah sikit pipi kiri dan kanan.

apa punya perangai ni Zayyani? kalut dan Zayyani tak dapat dipisahkan. punya lah kalut macam Madam Mun tu raksasa yang datang nak melawat cacing. padahal Madam je KOT. hiperbola kau Zaw. Madam apa lagi bersungguh dia gelakkan dengan kekalutan aku. tak berubah rupanya kamu Zayyani.

well kalut itu comel apa?

25.1.12

menyeru duit !

assalamualaikum semua. semalam kalau nak tahu jammed gila. sakit bontot aku. konon konon nak lalu jalan alternative. ha mendapat jalan tu pun jammed jugak. kau bayangkan lah di kala hujan turun dan sejuk nya penyaman udara tiba tiba kau pun nak terkencing? tapi jalan jammed ! *bayangkan* gila haru semalam :( KAH KAH KAH.

duit dalam bahasa omputih nya money. we can buy anything if we have money. aku boleh beli macam macam dengan duit, especially novel lepas tu nenek memekak sebab membazir katanya. mana ada membazir kan? itu minat. HAHAHA

wahai duit wahai duit aku menyeru. tolonglah datang dalam jumlah yang banyak dekat depan aku. sebab aku nak beli kereta. ya duit ya duit tolong lah tolonglah datang kepadaku kerana aku mahu membeli kerea Viva pun jadilah. wahai duit yang berbau wangi muncul lah kau di dalam akaun Bank Rakyat aku.

kena kumpul duit nak beli kereta ni. kena pasti wajibul. aaaaaaaa gila kejap aku memikirkan hala tuju hidup aku. hai bila lah nak kahwen dengan orang kaya ni? KAH KAH KAH .

takpa lah usaha untuk medapat duit dengan tulang empat, lima, enam, tujuh, sepuluh kerat aku !

okay bai :)

18.1.12

hantu tandas

assalamualaikum ya habibi ya maulana. cungkil gigi pakai sepanar. okay tak kelakar lah. PANG ! hantu. awak semua tahu hantu. hantu tu syaitan. aku ni nak kata berani sangat dengan hantu tu, jauh panggang dari api. nak kata takut tu, of course aku takut. 

apa ketidak nya, masa Histeria menyerang Kolej aku dulu, aku ni lah yang KO dulu. nampak je gagah dekat luar ni. dalam hati mengigil ! dan aku rasakan yang sepanjang minggu tu, adalah minggu paling panjang aku pernah rasa. fuh. minta jauh. minta jauh. sesungguhnya aku insan yang lemah. aku tak sanggup nak lalu 'Hari' tu lagi.

balik balik kerja hari tu Jiha terus terpa aku. tak sempat nak letak hand bag dekat lantai pun. handbag bhai !

jiha : Kak Ja, Kak Ja nak tahu tak?

aku : apa (buat muka malas)

jiha : dekat toilet sekolah kita (merujuk kepada sekolah dia dan aku yang pernah bersekolah dekat situ) ada hantu.

aku : mengarut lah. mana ada dah. kan dah tukar toilet baru.

jiha : betul kawan Jiha nampak dekat dalam toilet, rambut panjang

aku : oh itu kawan kau yang rambut panjang tengah nak tukar baju KOT.
 (Jiha diam memproses apa aku cakap dalam otak dia)

jiha : tapi kawan lelaki Jiha masuk toilet, pintu toilet terbuka tiba-tiba Kak Ja. (muka bersungguh minta aku percaya)

aku : itu sebab pintu dalam toilet tu longgar, lepas tu ada angin memang lah jadi gitu.
(Jiha sekali lagi proses otak dia)

jiha : tapiiiiii

aku : dah tak der tapi tapi. pergi mandi. hari dah Magrib. (suara aku bervolume 3/5)

itu lah kan? aku pun dulu masa sekolah rendah takut nak pergi toilet sebab kawan kawan kata ada hantu. tapi tandas sekolah rendah aku yang lama memang hanjinggggg pun bau dia dan menakutkan ! masa aku darjah enam baru lah sekolah buat initiative buat tandas baru.

tak ke nanye kalau masuk toilet nampak macam ni? 


larikkkkkkkkk. terus tak berak aku. bai :)

9.1.12

zaman sekolah

salam semorang ! iyer Sekolah. gua rindu beb nak ke Sekolah. Sekolah macam macam ada. paling best ada cikgu pratikal yang lahaii ohsem gila wajah nya. and me call he as "Cikgu Merah" wahaha :D

iyer start empat hari bulan satu dua ribu dua belas hari tu kan. aku pergi kerja jam 6.30 am. yess cemerlang gila punch card aku. tak ada merah baq ang! aku di ibaratkan macam emak emak yang hantar anak ke sekolah lepas tu baru ke tempat kerja then dekat Office pun customer selamber badak panggil aku Puan. okayDiam!

Sekolah dulu aku nakal sikit. meseg pun dulu nak ada 'w' je kat belakang. bajewtt wempiwt sejatiw lettew siap pinjam motor PnMilah buatt wempit keliling kampung sambil borak borak atas motor. eleh konon howtt lettew. 

dah lah itu zaman jahiliyah aku. tak nak ingat dah. sekarang aku dengan azam untuk berubah ke arah lebih baik. doakan aku ye. harapan anak aku tak macam tu nanti -_- ei kalau aku baca balik blog aku dekat blogdrive. lahaii sogan bona ghaso eh. entah apa apa aku tulis.

sekarang ni budak budak baru nak up. amboi kemain. motor tak lekang dari tubuh badan engkau. laptop tak lekang dari jari jemari. budak darjah lima pun ada laptop apa cerita? contoh nya macam adik gua lah. berasap. tak puas hati.

tadi tu lah kan. kak mi drop aku awal gila boleh dekat office. pukul 7.00 am. mencanak aku menunggu office bukak! maka aku lihat ramai nya anak anak sekolah. lahai terasa nak ke Sekolah je balik. yang tak sedapnya jam dah 7.30 ada seteng seteng yang masih boleh aci lepak dekat mamak tengok MHI. eh hello adik. kau sedar tak yang kau sedang Sekolah? be nice lah. cuba lah masuk awal. tak kan hari hari nak kena denda KOT?

nakal nakal aku dekat Sekolah dulu kan? aku ni tak tergamak nak datang Sekolah lambat. pebarang pergi Sekolah lambat? nanti tak dapat makan karipap sardin acik kantin yang nyum nyum nyum sedappp baq ang.

err part kena denda ketuk ketampi 150 kali. woi nak tercabut kaki aku bila turun tangga ! seminggu azab dia. sebab nya hanya tak siap esei. lepas tu taubat dah. hantar esei tepat pada waktunya. ha A makan die subjek tu. al fatihah untuk cikgu aku. 

part ponteng lagi lah. err yang paling kejam. sekali tu je lah. ponteng dengan BFF aku dekat Dataran Perhimpunan. Heaven cakap sama kau. lepas tu kena denda pun Heaven jugak nyaaaa. lazat sampai kerah Nek Pah ngurut aku.

okay lah adik adik sekelian. pergi sekolah belajar molek deh? jangan ponteng ponteng. jangan nak wempit wempit. cuba tulis macam ni kan senang nak paham? HEHE. dulu akak pun pernah juga wempit wempit ni dik. ke longkang besar makan dia. jangan buat macam tu ye adik :)

aku kalau tau adik aku wempit wempit aku penampar dia !

I miss KPM Bandar Melaka so much ! okbai :)

31.12.11

Kenangan Sejarah 2011 aku.


assalamualaikum semorang. sedar tak sedar dah hujung 2011 dah kita kan? rasa sedih je nak tinggal 2011 yang sangat banyak kenangan. 2011 tu lah aku tamat sem lima. tu yang rasa sedih banyak. ada yang sedih ada suka. kesimpulan macam macam rasa ada. lets the picturesssss describe everything :)


(gambar tak ikut susunan hari tarikh bulan sebab aku malas nak susun. HAHA. ini adalah sebahagian. ye sebahagian gambar 2011. sesuku gambar should be nice kot. err 1/100 gayanya. tak larek den nak bongkah satu satu folder. ponek napeh den. so enjoy yaa )


siapa yang dah ikot blog ni. mesti tau apa jadi dekat gambar ni kan? pertama kali dalam Sejarah hidup lah sangat tak beraya dengan family. anda yang terasa nak baca konon konon Sejarah pertama kali tu, boleh lah agaknya refer link ni hah 'hari raya di perantauan'


ini adalah classmate aku untuk final year sem 5 2011 bagi kos Islamic Banking and Finance at Kolej Profesional Mara Bandar Melaka. heran aku kenapa gambar ni jadi gegar gegar. tapi tak pelah. janji ada jugak ngoman nak dijadikan kenangan. nak nyedapkan hati sendiri sebenarnya. HAHA


well well well Photoshoot lah sangat kan? dekat kebun sapa tah kita orang terjah. tapi kebun tu walah cantik sangat sampai ada lembu. lepas tu balik pukul lapan kena tahan dengan warden. the rest story biarlah kami yang simpan. HAHA. kenangan tu okay. yer kenangan 2011 ! HAHA



oh untuk ini adalah Pogram Anak Angkat anjuran MPP KPM BM di Sungai Kuali Kuala Kukup.


seronok bila berkumpul dengan family. yer lebih tepat Gathering Family !

hehe. apa ingat Family jer ke nak ada gathering? kengkawan pun nak ada jugak sebenarnya. tu lah Pantai Port Dickson lah sejarahnya bila ex Sendayan berjumpa sakan melepaskan rindu dendam lah sangat buat bbq sampai Izzati demam demam. yaALLAH penat nyaa masa tu hanya Tuhan yang tahu. lagi pula aku, Izzati dan Faiz cik organize kannnnnnn :) 


ini ceritanya ada Le Tour De Langkawi (mcm ni ke eja dia) gagah gila dalam hujan lebat sampai baju kurung jangan cakap lah habis payah kuyup semata nak tengok orang naik beskal beskal lalu sambil lambai tangan dekat kite orang kan. dan gigih lah jugak bila selamba jer ponteng kelas Islamic Product. fuyohhh ini gigih ke gagah ha? HAHAHA. eh ini kenangan ni kenangan ni. memang kenangan lepas tu kepala aku tak nak dizzzingggggggggg, flu, demam. agh.


sejujur jujur dalam diri aku. aku terasa dengan statement ni. aghh Monyet kah aku? tak ada sivik punya zazaw buang sampah merata. ubah lah perangai tu zazaw. upss semalam baru terbuang sampah dekat Pasar Malam Sendayan. err nak pergi kutip sekarang lah.


okay ini nama dia Raffi dan kami and the gang. kami gigih dan gagah nak sampai situ dalam bulan puasa dan panas terik. yaALLAH hanya Tuhan yang tahu bertapa penatnya nak sampai situ. ini kan penghujung benua Eropah. eh silap. penghujung Benua Asia. kahkahkah. ini kenangan ni kenangan !


ini pulak classmate aku untuk sem empat tahun dua ribu sebelas. kan satu tahun ada dua sem. memang sengaja jer suruh pakai Pink dengan Purple. biar ikot tema. HAHAHA.


here we go. Pantai Puteri dengan bus Panorama Melaka. alah tak mahal aih. murah saja. rm5 pergi balik kalau tak silap lah kan. ibe tibe jadi pelupa. yer lah ni masa bulan dua kot. wajar aku lupa.


ini pogram anak angkat tu. biasa lah nak interframe lebih si Zayyani ni dengan muncung muncung.
eii apa lah tangkap gambar serupa itu. HAHAHA.



masa ni baru lepas ziarah arwah ayah classmate kita orang. al fatihah. jadi singgah sebentar dekat Perhentian Seremban kalau tak silap lah kan. sebab ada sorang dua nak lepas hajat. yang lain menangkap gambar. eh memang. sempattttttttt jeeee...


ini pun Gathering dengan kawan kawan jugak. berapa banyak Gathering lah kan? ini lepas main bowling dekat Jaya Jusco Seremban Dua lepas tu lepak chill lah sekejap dekat City Park yang ada ikan besar gila boleh?


ha ini makan dia. kan masa 2011 kan Hantu Kak Limah ni kemain box office, tengok 10 kali rasa nak tengok nak tengok lagi kan. so ini lah kami berbekalkan speaker aku. leptop auni. dan externak shila. alah shila nak pink jewwwwwwwwww. n_n


ha ini Sejarah 2011 bila aku pakai baju Koperat KPM BM. madam ugut sapa tak pakai baju koperat hari selasa tak boleh masuk kelas dia. eh seronok pulak bila pakai baju ni dengan seluar. rasa nak sepak bontot orang pun bebas !


ini pun masa Pogram Anak Angkat tu. kau gila aku nak lalu situ? die orang berani lah. aku tak berani. buat terjatuh dalam ikan tu karang. nanyeeeeee. errr seriau mak.


HAHA. gigih dan gagahnya kita orang buat benda ni. nak masuk competition antara mentor katanya. dapat no dua tu okay lah kan? kan? kan? kan??? Pijan dengan Jani paksa aku amek gambar ni. ha. kenangang ni kenangan. hikhikhik



okay ini mereka bajet oversea. perghh gila kau. sumpah Kolej baru aku sejuk nak mampos. ekon tak nak kuat bagi aku mengigil dan berulang ke toilet sepuluh kali ker? aina dan pijan felling felling United Kingdom. padahal Melaka jer pun. kah kah kah. tapi sumpah sejuk weyh !

sangat seronok bila difikirkan balik. 2011 macam macam ada. dapat housemate yang gila best ! dapat batch yang super awesomee ! dapat kawan yang seronok sampai tak terungkap di hati. ada family yang snagat memahami. 2011 for the first time aku naik bot dari Kunci Air Manjung ke macam macam tempat. aku kena naik. kalau tidak Ema kata aku pondan ! sedih gembira semua ada dalam 2011.

dan saat yang tak dapat dilupakan when i feel in love with with with my Geng Lapan or G8. dear G8 i miss you guys so much u___________u


dan dan dan saat yang buat aku tertunggu tunggu untuk akhir tahun ni adalah
EH BILA RESULT AKU NAK SAMPAI NI? TAHUN DEPAN KE? TAHUN 2012 KE BARU NAK SAMPAI?

HAHA. Selamat Tahun Baru 2012. azam aku 2012 biarlah menjadi rahsia aku. alhamdulillah azam 2011 aku ada yang tercapai. 

okay bai :)