apa kau ingat kereta je ada masalah pasal kereta ni block kereta ni? pasal parking ni semua? rider macam aku pun ada juga masalahnya. rasa nak memaki. tapi sabar-sabar. syukur lah dapat parking dan tak kena saman, daripada kereta kalau tak da parking lepas tu kena saman dengan MPS. KAHKAHAHKAHKAH. kesian officemate aku. KAHKAHKAHKAHKAH. gelak lagi. KAHKAHKAH. kejam Zazaw. MPS lagi kejam asyik nak menyaman je. *jeling Abang MPS yang bawa motor besar*
asal aku park EnPutih sebelah kanan, sebelah kiri mesti SiMerah siap dengan helmet dia tu lagi. SiMerah? motor awak dengan saya macam tak dekat sangat pulak tu kan? melebihi garisan kuning !
ha tengok helmet dia belah mana pulak? pendek kata, dia akan letak helmet dia bergantung dengan tempat aku park motor aku. kalau orang tengok EnPutih aku, gaya macam pernah terjatuh dekat mana je. padahal calar sebab motor dengan helmet dia. apa hal park dekat-dekat entah !
yang ni memang aku berangin berasap walaupun masa tu Seremban angin sepoi-sepoi bahasa. ada ke patut? memang aku baran je hari Jumaat itu hari. 40minit aku tunggu, kot lah salah sorang ni datang alih motor dia. tapi tak ada langsung ! mengamuk aku. genting tali helmet si merah tu aku kerjakan.
sakit kaki aku sepak dua ekor motor tu. geram wehhh. geram punya pasal balik tu terus ter duduk belakang lori sampah. bau dia menangis aku atas motor. tengok Tuhan bayar cash sebab sepak motor orang. cuba orang sepak EnPutih dia? melenting. nasib baik ada Abang Amie. dia yang tolong aku tarik motor tu. aku kan tak kuat. pendek pulak tu mana berani nak bertindak dari awal. KAHKAHKAH. motor tu kan berat. alasan. HAHAHAHA. dah kira dua kali Abang Amie jadi penyelamat bila motor aku kena block.
aku harap sangat satu hari nanti SiMerah ni letak motor jauh-jauh dari aku. tiga bulan aku hadap benda ni setiap hari. kalau aku dapat darah tinggi memang aku cari SiMerah ni. HAHAHA
Salam Israk Mikraj. Selamat Hari Bapa, Abah. Rindu. Al-Fatihah
Holland kalah. sedeeeehhhhhh gila. defence entah apa-apa. sekian. okbai.
5 comments:
Al-Fatihah utk arwah abah zaw
holland loser. hahahahaha
sabar yer zawwwwwwwwww
uish.. mana nak tau..
kot2 jodoh
orang somabn lak tu.. hahaha
atok rasa macam atok yo si merah tu....erk!
member aku dah berguni saman MPS., buat tak layan je., rilek., hahahaha..
Post a Comment