28.2.13

demam


Assalamualaikum. Huaaa lately aku busy, lepas tu kursus sana sini sampai badan flat habis woi. Rasa diri ini tidak bermakna bila nak bangun pun rasa mengigil gigil. Haa bedebuk dapat MC 2 hari. Dan sekarang aku rasakan diri aku bertambah sihat dengan kawalan comender Pah "Ja kau dah makan ubat ke belum? Makan cepat aku ambil yer?" NekPah hadap aku selagi aku tak makan ubat woi. Menyanyi dia dekat telinga aku, selagi aku tak telan ubat yang ya ampun besar besar nak pergi mana entah? Tersekat dekat biji kerongkong aku. Terseksa sanubari 2 minit. Cis. 

Hahh kena sound sebijik dek taikoo Milah (PnMilah) 'nama je dah besar takut makan ubat' ehh hello tak kira lah tua ke besar ke kecil ke, kalau dah nama ubat nan hadoo orang suka makan kan?

Aku memang payah demam. Alhamdulillah sejak habis belajar ni, jarang sangat aku demam teruk macam dulu-dulu. Huihh dulu, kalau tidak setiap tahun nak demam. Tak faham aku. Seteress ke apa ke? Ke sebab Melaka panas sangat? Entah aaaa. Duduk rumah sendiri jarang demam dan sakit-sakit. Apa ketidak, makanan fresh wehhh. Semua benda elok terjaga dan ternyata aku bertambah sihat berbanding zaman belajar. Benci ah part ni. Hahahahahaha.

Dulu masa zaman belajar, kalau demam batuk flu tu, berlanjut lanjut sampai berminggu. Berkongkong aaa batuk. Rasa macam nk cabut tekak sendiri je :( iya lah tak ada sapa nak paksa makan ubat. Ada memang lah ada roomate paksa, tapi ibarat makan masuk tekak keluar ikut bontot balik. Takkk koseeeerr aku nak makan-makan ubat heh.tak koserrrr aku nak layan-layan sakit heh. Baik aku buat assigment. Gituuuuuuu.

Tapi sekarang tak dah. Selagi tak makan. Selagi tu ah kena hadap dengan komander Pah. Kahkahkahkah. Iya lah lagi-lagi dah kerja sekarang. Hoii tak selesa ah bila duduk kaunter layan customer bersoksekk soksekkk kungkangkung kangg. Sungguh aku tak selesa dan rasa tak hormat orang pulak. Batuk bukan jenis yang ayu ayu punya keluar. Hah engkau sekali keluar macam batuk raksasa dah gaya. Hah hah hah hah.

Hah minggu depan kursus lagi. Empat hari pulak 'aaaa suka suka sukaaaanyaaaaaaaaa sangattt' hahahahahahahahah.

Memandangkan sekarang musim pun tak berapa betul, kejap panas kejap hujan. Jadi jaga diri betul-betul. Toksaahh main hujan. Itu hujan asid. Padahal diri sendiri kalau pergi kerja tak kena hujan, balik kerja mesti kena hujan. Kadang kadang pergi balik mandi hujan. Itu kira main hujan jugak ke? Hahahahahaha. Nasiblah ada kenderaan tak berbumbungggggggg.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Botak said...

ko dah dikira beruntung., lama tak kena demam., tau² kena., kan ke best namenya tu., hahahaha..