7.6.13

dua puluh dua.


Bissmillahirrahmanirahim. 

Assalamualaikum semua. Angka 22 tahun. Alhamdulillah. Masih bernafas. Tak seteruk disangka. Dan bertambah matang. Hikss.

Terima Kasih. Hidup rasa seronok dengan nikmat Tuhan yang tak berbelah bagi. Betul lah kan? Apa org kata tu, susah susah dahulu senang senang kemudian. Sekarang ni, aku dah nampak hampir sebahagian hikmah hikmah diatas ujian Allah satu masa dulu. satu satu hikmah tu muncul.

22 tahun di mulakan dengan suprise kawan kesayangan. Gigih gila tu haa. Kemudian bersama rakan-rakan office. Phewwww paling teruk kena prank. Bepoloh poloh mokcik meng vakum segala kertas yang sengaja di baling macam salji dekat atas kepala ni. jaga-jaga Kak Hawa, Nasrul. Birthday kau orang tak lepas lagi. Hahahahaha. Malam dia makan-makan dengan family. Paling best tiga benda tu. Terima Kasih. 

Mak, Abah. Jaja dah 22 tahun. Rindu Mak Abah sangat. 

Apa yang nak di 22 tahun ni, nak perkukuhkan lagi iman didada. Bukan senang nak berubah. Mengambil masa. Syaitan tu sentiasa bertiup kata-kata jahat dekat aku. InshaAllah. Kukuhkan iman. Kukuhkan iman. Zaman memang makin moden. tapi ingat, agama kita tetap Islam. hmm Aku betul betul tersedar macam kena penampar sejuta kali bila join Program dengan Anak-anak Pangsapuri ****I (I will blog about this later. InshaAllah)

hmm apa lagi nak kata. dua puluh dua tahun masih single. kahkahkah, apa adahal? lepak sudah yer tak? Malaysia tak habis jalan lagi ni haaaaaaa...........

1 comment:

auny aizie said...

22 single lagi ?
HAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHHA
samalah kita !


Kakaka meh lah jadi makwe saya. Sudi ?