26.5.11

aku jadi askar

salam semua. perasaan terkinja tak sabar nak pergi Melaka dah bermaharajalela. oh Melaka. aku rindu kan kau. ibarat burung belatok rindu nak tukang pokok. sebulan cuti memang bosan. keluar masuk rumah pergi jemput sepupu naik motor lepas tu balik rumah. lepas tu keluar balik lawat kawasan kampung. iya lah dah kata aku ni kan ketua kampung :)

balik balik tak berapa nak sihat sangat. mungkin perubahan cuaca yang dulu nya panas dan bila sampai ke tempat kelahiran Negeri Sembilan cuaca jadi sejuk terus kena flu. lepas tu marah marah budak umo lapan tahun tu cakap dia lah punca virus. menangis budak tu kena tuduh oleh kakak sepupu dia yang garang macam mak tiri ni. HAHAHA

tekak gua gedik. dia mengidam nak makan udang butter resipi mak aina dengan sotong goreng tepung. masa nak goreng sotong tu boleh pulak main aci meletup letup pop pop pop dalam kuali. lepas tu gua amek tudung periuk jadikan perisai,sudip ditangan ibarat pedang dan jauhnya mungkin lima kaki. memang dah jadi askar masa tu. ibarat sotong dalam minyak panas tu musuh aku. HAHA

dia lebih kurang macam ni lah

PnMilah ke dapur terkejut tengok anak buah dia yang cantik ni masak serupa itu. dapat setepek sound system berbunyi gung gung gung daripada PnMilah "ini lah gaya orang lama tak masuk dapur. dekat Melaka tak penah memasak. balik pun jarang jarang"

gua jawab dalam hati yang putih suci ni 'dekat Melaka kite orang pakai multi-cooker dengan rice cooker jer. kita orang semua masak maggi je' kalau lah gua jawab guna suara dekat PnMilah mungkin minyak panas tu dah ada dalam mulut gua. kesimpulan nya sekarang gua memang takut minyak panas :)

sedap gak udang butter dengan sotong goreng tepung gua. fine. gua memang suka puji diri sendiri sebab tak ada sesapa nak puji gua. masing masing makan dengan pelahap lepas tu tambah lagi. tambah lagi dan tambah lagi. dekat situ gua dah buat kesimpulan apa yang gua masak memang sedap. lepas tu die orang tak nak puji gua sebab nanti dorang rasa gua riak dan nanti kalau gua riak gua tak nak masak dah. boleh jadi kan?

lesen kereta dengan motor gua dah full. nak bonceng? nk drift. jom lah. HAHAHA *riak*

bai:)

12 comments:

Anisa Hang Tuah said...

okei.bab ni kak nis mmg kecur kalau zaw cite pasal makan

hehehss


dah ade lesen kete???

waaa

bole bawak kak nis next time

:D

zazaw said...

kahkahkah. boleh kak nis
cakap jer nak g mane
utara timur selatan barat
HAHAHAHAHAHAHHA

Anonymous said...

ko kelakar lah zau
rindu nak jumpe kau zau

aunyasyuhada said...

aku nak resepiii udang butter !

padle said...

duk uma lame2 nanati jadi gomuk la kau...

den pon dah dapek lesen full gak ar..hehe

aiman rashidd said...

enjoy your days :)

Myra Arshad (: said...

haha .weh , kau sama la dengan aku, kalau time nak goreng ikan ke, ayam ke, mau duduk lima kaki dari kuali.

alahaaaii, fail ni kalu mak mertua tengok! T__T

MiZ Rayy said...

aku lemah btol bab2 meletup dlm kuali niee.. hahaa.. tp apakan daya, mmg stiap ari kna msk..

Tauke Budu said...

aduh ni kira main lawan pedang dgn kuali la ni zaw??
ih3...

Rahimah Ramlan said...

asal cuti je balik kg,
asal cuti je balik kg,

akak ni gak tak balik2 kg.

pastu citer makan yg besh2....



jeles sungguh

Anati Soki said...

sotong goreng tepung kola perlis punya best!!!!
udang butter.. T___T tak pernah try rasa.. T___T sedih

iKhRam said...

amboi.. selera bukan main yer.. udang butter...
den kek sini ari2 makan sambal daun.. sodap yo ha !!
hahaha