5.3.12

doa dan hikmah

assalamualaikum. awak semua percaya kan doa ibu bapa selalu didengari oleh Allah swt? walaupun saya tak ada mak abah lagi, tapi saya ada nenek yang tak henti doakan perjalanan hidup saya di dunia yang serba indah dan banyak dengan cabaran. alhamdulillah saya dah tamat Diploma In Islamic Banking & Finance. saya jugak dah tamat Pratikal. saya jugak dah hantar report dah buat presentation saya dekat KPM Bandar Melaka tingkat tiga belas. eh?

saya tau sejak hari pertama saya melangkah kaki dekat tempat pratikal nenek tak putus putus doa supaya saya dimurahkan rezeki. maka setelah tamat sesi Pratikal saya, kerja dekat situ pulak. alhamdulillah rasa macam Syukur sangat sangat. esok Selasa saya start lah kerja. apa yang saya nak tekan dekat sini, please people believe in your rezeki. mula mula Tuhan memang nak duga..

awak semua tak faham apa saya rasa. saya rasa macam kosong sangat. saya stress. saya tertanya tanya 'apa saya nak buat after Dip ni? ' then 'sapa nak tanggung saya? abah dah tak da. mak pun' then 'saya nak makan dengan duit apa' memang saya stress. saya takut nak bukak mata dan nak tempuh hari esok nya. awak ingat senang ke nak jadi Nur Zayyani Zalikha bt Abd Wahid? susah tahu. awak ingat senang ke nak puaskan hati semua orang? susah tau.

saya percaya dengan Qada' dan Qadar Allah swt. saya selalu berpegang kepada kata kata 'Allah mahu menguji umatnya. Allah tak kan menduga umatnya yang tidak tahan dengan dugaan ' awak ingat saya kuat sangat ke? TAK saya tak sekuat mana pun, tapi dengan Iman yang ada saya jadi kuat bagai Johan. eh?

awak kalau saya tak ada iman, gila sekejap saya fikirkan benda benda ni. saya semakin besar bukan kecil. saya kena pandai berdikari. saya kena matang dalam memikirkan apa apa benda. saya tempuh benda ni semua dengan jayanya. alhamdulillah dengan berkat doa makhluk sekeliling dengan sokong Family tersayang. alhamdulillah saya tak di hantar ke rumah anak anak yatim. itu saya dah bersyukur. saya bersyukur sangat dekat semua yang jaga saya.

awak kena tahu setiap yang berlaku ada hikmah nya. Jalan cerita kita dah tertulis dekat Loh Mahfuz sana. jangan awak rasa menyesal dengan apa apa yang terjadi. kerana mungkin ada hikmah disebaliknya. saya rasa bersyukur sangat Allah titipkan NekPah untuk jaga saya. bersyukur sangat.

awak selagi awak ada mak abah, awak tolong jaga die orang baik baik. saya sampai sekarang tak merasa macam mana rasa nak cium tangan abah dengan emak. awak tau tak saya rindu nak buat semua tu? awak semua untung dapat cium tangan die orang. celik mata jumpa die orang. tapi saya tak. tak pa saya percaya dengan janji Allah. mungkin ada hikmah. awak tau tak saya rindu abah dengan emak saya sangat sangat. hari lahir terakhir saya yang disambut lepas emak sakit masa umur tiga tahun. 

saya tertanya tanya kenapa Allah buat saya macam ni? kenapa Allah ambil emak dengan abah saya? kenapa? tapi sekarang saya dah dapat fikir. ada hikmah disebaliknya.

saya tak tahu macam mana keadaan saya tanpa family saya.saya sayang semua orang. saya takut nak rapat nak dekat dengan orang nak jadi to close gitu. sebab saya takut one day die orang mesti akan berpisah dengan saya. awak tau tak Perpisahan tu ya Allah peritnya. perit sangat. macam yang terjadi dengan Batch 09 KPM Bandar Melaka saya. kita orang satu batch memang rapat. hanya Allah je tahu sedih nya hati saya.

last day reunion at Jaya Jusco Bandar Melaka DBF & DeN

awak Allah pinjamkan NekPah tu sementara je buat saya. bila bila masa Allah boleh cabut nyawa NekPah saya. kalau Allah nak cabut sekarang, saya tak bersedia lagi. sebab saya tak balas lagi jasa NekPah saya. tapi saya tahu satu hari janji Allah itu pasti. moga satu hari itu nanti saya menjadi kuat. awak semua doakan kesihatan NekPah saya dan saya juga. insyaALLAH awak semua akan diberkati dunia akhirat oleh Allah.

awak saya sedih sangat bila tulis ni. sedih. lama dah saya tak tulis benda emo emo macam ni. hmm. doakan saya :)

berusahaaa !

6 comments:

lepat said...

sesungguhnye semua makhluk yg hidup akan merasai kematian......

cuma lambat @ cepat je.....

untuk menunggu kematian tu.. jgn le kita nih tunggu kosong je... buat apa yg ALLAH suruh.. tinggalah apa yg dilarang.......

selamat berjaya di tempat baru.....

Auni Aizie. said...

Auni dengan family pun selalu ada untuk Zazaw. Cewah.

Believe in urself zaw.
Semoga berjaya dalam hidup :)

I'll always be by ur side no matter what

Auni Aizie. said...

Auni dengan family pun selalu ada untuk Zazaw. Cewah.

Believe in urself zaw.
Semoga berjaya dalam hidup :)

I'll always be by ur side no matter what

Aimi Ezzati said...

i almost cry when read ur post...keep fighting,girl.u r a strong girl :)

Unknown said...

lorrr...sabar ye zaw...sedih atok baco entry ni...

Myra Arshad said...

:'))