6.6.12

bersyukur

assalamualaikum.

sejak aku kerja dekat *****m** ni, aku jadi seorang perempuan yang lebih bersyukur. tak tak bukan nak cakap sebelum ni aku tak bersyukur ke apa, masih bersyukur tapi kali ni perasaan bersyukur dan insaf datang sekali.

aku bercerita dekat sini, mengikut skop pekerjaan aku okeh? baiklah tempat aku bekerja ni adalah tempat orang datang memohon bantuan. macam-macam ragam pelanggan. yang memaki yang itu yang ini. sabar Zayyani. sebenarnya hati ni dah lama tersentuh dengan ragam pelanggan yang macam-macam kerenah. aku tonjolkan dua kes

kes satu :
baru-baru ni, ada seorang MakCik tua yang pekak dan bisu datang nak ambil cek sama-sama dgn anak dia yang lahir tahun 99, aku terus semak nama dia dalam sistem. beliau merupakan seorang janda yang mempunyai tiga orang yang masih kecil.walaupun dia seorang yang kekurangan upaya, tetapi dia masih mempunyai sifat-sifat yang aku rasakan sangat lima bintang. lepas dia dapat cek yang aku hulurkan. terus anak dia cium tangan aku. dan makcik tu terus cakap menggunakan bahasa yang aku sendiri tak faham. aku hanya mampu anggukan kepala dan tersenyum. masyaALLAH sahabat, sebak masa tu. anda tahu berapa jumlah cek yang di dapat? tidak lah sebanyak kau orang yang gaji beriban-riban. hanya rm150. itu dah cukup buat dia orang sekeluarga tersenyum sampai ke telinga :) dekat situ aku mula berfikir. hanya rm150 dia orang berbelanja untuk empat orang dalam masa satu bulan? kita rm150 satu hari pun belum cukup. muhasabah diri aku sekejap.

kes kedua : 
dah berbulan lamanya. seorang makcik tua datang ke kaunter kewangan *****m** tanya "nak cek makcik dah siap belum" aku semak dalam sistem cek dia dah ada. aku bagi cek tu dekat dia. haa engkau terus dia menangis tersedu sedan sambil salam tangan aku cakap " syukurr.terima kasih nak sebab bagi makcik cek" yaALLAH makcik. siapalah sangat ni. saya ni hanya insan yang diberi arahan untuk memberikan cek kepada makcik. hiba sungguh aku masa tu. masa tu terus aku fikirkan nenek aku. terus aku rasa bersyukur :) aku terus terfikir, mana anak dia? tak bersyukur ke anak dia sebab masih mempunya ibu? hmmm

ah sebenarnya memang banyak ragam yang menyedihkan dan membarankan. ada yang dah dapat bantuan tapi tak tau bersyukur. siap tanya lagi 'banyak ni je ke?' hello awak tu handsome kuat lagi. apa salah awak cuba cari kerja menyara keluarga. bersyukur sikit Tuhan dah gerakkan hati bos saya nak bagi awak bantuan tu. kalau tidak?

ada yang main call "hello I nak tanya ni, cek I dah siap ke belum? I nak pakai duit sangat-sangat, berapa lulus? haaa rm300 je? sikit sangat" istighfar aku. bersyukurlah awak. orang dah bantu.

walaupun aku tak ada mak abah lagi, tapi aku tak pernah rasa kekurangan sedikit pun. semua aku rasa cukup. tapi aku masih merungut merungut merungut dan merungut. ini tak cukup, itu tak cukup. apa ni Zaww? cukup lah apa yang ada. jangan nak menambah itu ini dahulu.

tak semua orang senang, aku pun tak senang. tapi aku berjanji dekat diri aku. aku akan lebih bersyukur. syukur dengan atas nikmat dan kekurangan yang Tuhan dah berikan dekat aku. DIA maha mengetahui.

sebenarnya kita patut bersyukur yang kita dilahirkan di atas muka bumi ini. 

hmm aku selalu merasakan diri aku susah. tapi sesusah susah aku. susah lagi mereka yang diluar sana. muhasabah diri. fikirkan apa yang kita mahu. tidak bersyukurkah kita selama ini? hmm.

okbai :)

5 comments:

iKhRam said...

zaw.. zaw keje kat mana nie..??

Athirah Rosli said...

byk org byk la perangai kte jumpa.. sabar & ikhlas je yg wat kte dpt btahan ngn suma perangai pelik manusia ni.huhu

Miss b said...

zaw mmg nenek jaga ye.

bangga akak dgn zaw.

ok asal akak tetiba emosi

sobs.

Anati Soki said...

benda2 mcm tuh. kita buat pengajaran.
buat refleksi kendri.
we have the right to choose the right or wrong in life.
rindu kau zaw!!

~~zana@pb~~ said...

Muhasabah diri dan bersyukur......mmg kurang dlm diri kita2 ni. Jadi, selalulah mohon ampun dan berdoa mudah2an kita dijauhi dari sifat yang jelek n tidak disukai olehNya.