31.7.12

#Ramadhan 1


assalamualaikum. Salam Ramadhan Sahabat Se-Islamku :)

apa kabar dengan puasa awak semua? Ramadhan aku macam biasa. Ramadhan ketiga terus dapat gastrik teruk punya teruk sampai muntah belilah jangan cakap lah woi. Puan Milah kata, Tuhan dah tarik satu nikmat bulan Ramadhan aku. sedih memang sedih T___T pedas sejuk tak boleh makan. apolah ortinyo oghang Nogohi tak makan podeh podeh yo tak? 

solat teraweh pun dah gompong gompong. sedihnyaaa T_________T

oh dapat lah MC dua hari. tapi Syukur gila aku tak pengsan masa bawa motor balik dari office ke rumah hari tu. biasalah perasan diri ni hebat sangat nak ke office. engkooo tingtong aku dekat office. muka dah sama warna dengan warna mat salleh dah. eh? pucat lesi.

sila jaga diri awak semua di bulan yang penuh kemulian ni. jauhkan sifat amarah. saya faham. awak penat saya penat. jadi jangan marah-marah. kalau terasa diri tu MARAH Istigfar dulu. dan elakkan diri tu berjumpa dengan orang yang tengah penat. penat jumpa penat terus jadi marah.

lagi satu sila jaga makan. sahur tu kalau orang suruh bangun, bangun. JANGAN NAK JADI HEBAT SANGAT (merujuk kepada diri sendiri). gastrik ni nak dapat dia bukan sehari tak makan terus dapat. dia macam dua tiga tahun dulu kau tak makan. lepas tu nahh hadap lah kau gastrik tu.

aku ada baca dalam fb hari tu, tapi terlupa apa web dia. ubat gastrik : letakkan kurma dalam susu selama 15 minit. lepas tu minum. insyaALLAH. akan ku pratikkan. jangan tak tau. aku sekarang dah bestfriend dengan susu dutch full cream tu. sentiasa ada stok. dulu ngutuk orang minum susu aku ni. sekarang dah jadi stok. tak lah teruk mana rasa susu tu rupanya (pasrahh) HAHAHAHA

okbai :)

2 comments:

Anonymous said...

salam ramdhan dik zaw

Suhami Ahmad said...

sokor alhamdulillah atok belum pernah diserang gastrik melampau...maso kocik2 dulu hado