31.12.12

Happy New Year 2013 !

assalamualaikum semua. wahh kemain menebal sifat kemalas dalam diri. biasa lah sifat malas yang dipupuk akan menjadi malas lah jua akhirnya. eh sangat.

wow semasa entry ini taip (eceh eceh) tarikh adalah 31/12/2012. iya lah hujung tahun tu kan? cepat gila masa berlalu, berjalan, berterbang.,masa punya kerja. terus aku nak menginjak ke usia 22 tahun. tak boleh blah betul. sekejap sangat.

tahun 2012 macam-macam jadi. ada suka ada duka. ada yang kahwen. ada yang penambahan ahli keluarga. ada pengurangan keluarga dan tak lupa juga sedekahkan al-fatihah kepada yang telah tiada.

hmmm seperti tahun-tahun sebelum ni, kemain bergasak buat entry kesimpulan sepanjang tahun kekdah nya. tahun ni kau jangan bermimpi ah. tak sempat weh tak sempat. ni je haa yang sempat (bajet good-good orang baca blog kau je zazaw)

KAHKAHKAH. paling kelakar aku rasa penutup 2012 ni bila aku baru sedar semalam (30.12.2012) yang lesen motor/kereta aku dah mampos enam bulan lepas. KAHKAHKAH. nampak tak kesibukkan itu membuatkan aku tak peka pasal lesen motor/kereta yang dalam purse tu? seharian aku kena ceramah dengan PnMilah. blaa blaa. itu ini itu ini. bergegar kepala aku wehhh.

aku pun tak tau nak tulis apa sebenarnya. KAHKAHKAH. yang aku tau sekarang, aku nak update blog supaya jangan lama-lama  tak ber update.

baiklah. Happy New Year 2013 semua. sukati hampaa lah nak ada azam ke tidak. bagi aku, aku ada azam sendiri untuk membuat kan diri lebih semangat. alahh orang yang kata tak payah berazam tu, tu pasal sebab dia punya azam tak pernah tercapai. KAHKAHKAH. sebenarnya ikut pangkal hati kita lah kan? semoga peroleh kejayaan dunia akhirat. InshaALLAH :)

selamat hari tua Izzati & Syakir. 31.12 baru ko nak lahir kannnn?????? HAHAHAHAHAHAHA

eh? maknanya. selama 6 bulan ni aku bawak motor secara haram di atas jalan raya lah eh? nasib baik tak ada sekatan jalan raya. kalau tidak kena sama rm300.00. akejeeee gileeeeee aku kena saman? mangggg aiiiiiiii

5 comments:

Anonymous said...

Happy new year zazawwwwwww ku tayangggg

iKhRam said...

hepi new year k zazaw
semoga hepi selalu

Suhami Ahmad said...

haiyoooo....samo ngan atok!....atok dulu lesen mampos 1hb 6....tapi 4hb 6 kantoi ngan habang polis...kono saman 150 :(

Botak said...

memandu secara haram itu berdosa., haram kot., haraaammmmmmm., hahahaha..

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/