oh Assalamualaikum semua nya. kenapa aku rasa dunia blog makin mundur yer sekarang? ke sebab aku je rasa macam tu? ah lantak lah.
hah. semalam aku pergi interview SPA jawatan Pembantu Tadbir Kewangan (W17) haaa engkau dia punya cuak rasa nak tercabut gigi. aku punya meroyan, cuak habis aku spam timeline twitter. KAHKAHKAH. mesti ada yang kata aku annoying. ah lantak lah heh.
pertama kali pergi interview SPA. ada lah tu kekurangan dia dekat mana-mana. memang aku tak nafikan pun. tapi aku dah buat habis baik dah. kalau ada rezeki tu adalah. mohon ada rezeki untuk aku. amin.
meh sini meh, aku nak kongsi sikit tips tips pasal nak interview jawatan Pembantu Tadbir Kewangan (W17) atau apa-apa interview pun. eceh eceh.
- innamal a'malu binniyat. kerana apa kau pergi interview. betulkan niat kawan-kawan. Allah bersama kamu.
- study. memang wajib study. percayalah bahawa yang dia tak akan tanya soalan yang sama lagi. tak payah lah kau nak tanya dekat kawan kau yang baru keluar tu 'awak soalan dia apa' buang masa. HAHAHAHA. nescaya dia akan tanya benda yang based on resume kita je (kalau aku lah)
- kalau kau apply jawatan PT Kewangan, baca lah serba sedikit pasal PT Kewangan. jangan pulak kau pergi baca macam mana nak buat kuih karipap. payah kau karang haa
- jangan lah terlalu nervous. show your confident walaupun kau tak dapat nak jawab apa yang dia tanya. kau merapu je lah apa-apa pun. janji kau tak terdiam dan kau cakap. (pandai aku punya nasihat orang jangan nervous. aku sendiri punya nervous nak terberry, muntah jgn ckp aaaa. KAHKAHKAH)
- resume-resume tu pastikan lah lengkap. jangan risau kalau interview SPA, dia akan ajar balik macam mana nak susun sijil-sijil kita. nescaya SPM akan jadi yang pertama dan kemudian susunan menjadi menaik. SPM duduk depan? dah lah SPM aku masa tu hancur lebur. KAHKAHKAHKAH.
- buat lah satu salinan (nanti) tak salah kan kalau kita berkeadaan lebih bersedia?
- haa kasut yang penting. pakai lah kasut bertutup. aku memang lupa betul kena pakai kasut bertutup, selamberr aku pakai wages yang terbukak depan tu haa. nasib ada kawan aku kerja dekat SUK. kalau idakk. haihhh tolak markah dah haa
- masa hari interview tu, cecomel lah sikit yer tak? markah tu markah. jangan lah engko seselekeh pergi interview. bahaya okay. aku pun cecomel juga ke interview tu ha. pakai lipstik. KAHKAHKAH. menyusahkan sungguh lipstik ni laa hai. aku geli. perfume tu pulak tak payah kot nak pakai yang bau kuat gila? aku yang dekat waiting room pun seteress bau perfume kau Bang.
- baca lah doa-doa. aku punya baca ayat kursi berlebih-lebih dek nak tenangkan hati yg gundah gulana. tak tipu macam rama-rama terbang dalam perut ni haaa. baca lah doa ni. mudah ditenangkan. InshaALLAH 'Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir'
- YANG TERAKHIR SEKALI. TAWAKAL. KALAU ALLAH KATA JAWATAN UNTUK KITA MEMANG UNTUK KITA, KALAU DIA KATA BUKAN UNTUK KITA, JANGAN PULAK DIANGGAP YANG DUNIA BAKAL BERAKHIR. PERCAYALAH ADA BENDA BENDA BAIK YANG MENANTI DIHADAPAN. KENA USAHA JE :)
hmm itu je lah aku boleh kongsi. kalau nak ikut ikut. tak nak ikut sudah. KAHKAHKAHKAH. doa-doakan lah aku dapat jawatan tu yer. inshaALLAH
5 comments:
hahaha..al da bez weh..
saya punya interview besok.
berdeborr nervous gila xingat ni
ilmu pn suam2 kuku je :')
penemuduga tu tanya apa weh?:D
baru akk tahu kena ssn sijil dari spm..akk ssn sijil dari dip pastu menurun..sijil spm hancusss.hahahahaha
insyaallah ada rezeki zaw dpt job tuu :)
tahniah., anda akan menjadi menteri kewangan tak lama lagi., bukannya pembantu tadbir kewangan., hahahaha..
Interview spa pembantu tadbir (kewangan) w17:
Soalan dtnya arini
- pengenalan diri,pndidikn,pglaman keje
- tentang rasuah di jabatan kerajaan
- ketua setiausaha negara
- menteri kesihatan
- skop/tugasan ptq w17
- situasi; boss bg keje luar skop, boss hempas fail ats meja, mrh2 bkn sbb slh kite.
Semoge bjaye
Post a Comment