10.7.13

Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berkesempatan lagi kita bercinta dengan bulan Ramadhan 1434 H. Syukur YaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan di bulan yang penuh dengan kemuliaan ni :)

Sedar tak sedar, dah besar dah aku.(eceh ceh ceh) tak maksud aku dah dewasa. dah di fasa seorang 'WOMEN' gitu. KAHKAHKAH. ah rasa sekejap sangat ni masa berlalu. rasa macam baru semalam baru habis belajar. rasa macam semalam baru berpuasa dengan kesayangan dekat Melaka. oh dengar cerita Melaka sangat panas yer? dugaaaaaaaannnn.

InshaALLAH, di bulan yang penuh mulia ni, semoga kita boleh melipat gandakan ibadah kita. kasi dalam sikit Zazaw. Syaitan dah kena ikat. ikut pangkal hati sendiri dan nafsu dalam hati sendiri je sebenarnya ni. kalau tak boleh nak lawan jugak? tak tahu nak kata macam mana dah. lawan Zazaw. lawan. sampai bila nak ditakuk lama? 

Setting niat kasi baik punya, iman tu kalau boleh upgrade ke kuasa yang paling power, semoga boleh kita delete sikit demi sedikit dosa-dosa yang lama. dan yang paling penting, hunting pahala sebanyak mana yang boleh. HEHEHEHEHEHE. inshaALLAH. pelan-pelan yer Zayyani.

dunia tetap maju. tapi agama kita tetap ISLAM. Salam Ramadhan saudaraku semuanya :)

4 comments:

ma ❥ said...

salam Ramadhan :)

Auni Aizie. said...

Selamat berpuasa my leppp !

Moga Ramadhan kali ini lebih diberkati :)

zulhilmi tempoyak said...

10 July.. salam Ramadhan... jom tingkatkan ibadah. :)

Botak said...

salam ramadan makcik., moga makcik tak banyak membazir di bulan yg mulia ini., hahahaha.. :))