24.5.11

aku ada tangan magic

salam semua. balik balik je dari Melaka masa hari Jumaat hari tu, terus buat lauk pengantin. nampak tak nampak tak nampak tak dekat situ yang khidmat tangan magic aku diperlukan?kahkahkahkahkah. belum habis penat mengemas segala kejadah barang dekat Melaka tu, dah kena ada kenduri kahwen. habis kejang segala tulang temiulang aku tau. naseb baik masa hari kemuncak guna kaedah catering. kalau idak mahu pengsan aku dekat situ jugak sebab memang penat gila okay. selamat pengantin baru dekat pengantin baru tu. sila lah keluarkan anak cepat cepat untuk jadi tatapan kami. HAHA

kalau dekat Melaka hari Isnin aku panggil BLACK MONDAY sebab memang gila malas nak buat semua benda lepas dah cuti dua hari kan. tapi dekat rumah tak ada dah istilah black segala kejadah monday tu. semua nya hari hari matahari bagi aku. iya lah apa ke tidak nya nak makan pergi je kat dapur tu semua ada.tak payah dah nak sarung baju kurung siap dengan tudung lepas tu berlari lari lintas jalan pergi kopitiam dengan berebut nak order dekat kopitiam sebab lapar sangat.macam budak kecik.HAHA. tak payah dah susah susah nak perah otak kumpul syiling 2.50 sebab nak basuh baju baju orang rajin macam aku ni. dekat dapur rumah tercinta pun ada.dah kata dah dekat rumah ni semua nya dihujung jari aku je :)

seronok jugak kan bila bangun pagi pergi pasar beli ayam,sayur ikan tu semua. bila petang sikit keluar kereta jemput adik adik sepupu. sumpah semalam hari Isnin aku rasa macam seorang isteri dan surirumah yang sangat berjaya.kahkahkahkah.lepas ni mungkin ni lah rutin hidup aku sebab sebulan lebeh duduk rumah ni kan.HAHA

tiba tiba rasa rindu dengan Melaka. dengan Kolej. dengan kawan kawan. dengan letcurer tu semua. fine Melaka memang panas. tapi Melaka ada sentimental value yang macam rawrrr tau. tengok rindu punya pasal dekat Melaka gagah ni hah tak nak pergi JB sebab nak tolong orang tu basuh rumah sewa dekat Melaka sana tu. alahaiii kenapa lah dekat Melaka jugak yang nak diduduk? sebab nya Melaka tu best walaupun panas. sumpah tak tipu aku dah jatuh hati dengan Bandaraya Bersejarah tu. bunyi macam aku poyo habisan kan? ah pedulik apa aku. HAHA. gelak lah kalau nak gelak. apy tu aku tau nak gelak besar besar la tu bila aku tulis macam ni. elehh.

seronok pulak layan JUVANA. terima kasih lah Pijan yer Pijan. sebab mencetuskan idea tengok kat tonton. gila loser aku sebab lambat pick up. HAHA

okay bai

12 comments:

Anisa Hang Tuah said...

wahahaha
dah boleh kawen..

zaw buat semua keje rumah

hehehek

Miss b said...

peh

gua memang x layak masak lauk pengantin

Unknown said...

follow u

PADLE said...

kah3..da bole jadi bini orang ko ni...


aku layan juvana episod 1 je..:P

pija said...

melaka????mmg terbaek lahhh :)

best kan dok melaka....mcm2 ado :)

Myra Arshad said...

balik je la melaka tuu :p

Auni Aizie. said...

untunglah study kat melaka.
aku mana ada :(

HAHAHAAAA>
wah, tgn zazaw.

dah bisa buat lauk pengantin,tp tu tak dikira hand of god lagi tuh,
kalau dah bisa basuh baju guna tangan sendiri sbnyk lebih kurg 5 baldi. baru boleh iktirafff HoG :)

Unknown said...

Nismilan lagi besh....aiyooo, atok start tengok JUVANA episod 3...rugi sudah

Anonymous said...

HAHAHHAHAHA , boleh caye ke :D HAHHAHA

ehhh thanks :) enjoy your days :)

iKhRam said...

best la dpt main msk2.. sedap tak?? tu yang penitng

Anonymous said...

hahahha.. mcm2 lh zaw nie...

noraliza said...

wahhh jadi suri rumah sehhh..kak liza dah tukar blog dah..huhu