13.6.11

hek eleh tengok tangan lah MakCik.

salam semua. terasa nak makan kuih kelepong pulak. fiker punya fiker pergi kedai beli tepung pulut. makcik kedai tu boleh pulak main main cik temah sindir pelangan "heh anak dara, orang buat kuih tu time bulan puasa jer lah. entah reti entah tidak buat tu. entah entah tak sedap" aku macam sial gak mulut mak cik ni. agak bau macam longkang tepi Kolej Kediaman aku jer. HAHA.

nak jer aku balas dekat mak cik tu cam ni. "kita kalau nak buat kuih memang tunggu hari puasa jer kan. hari hari biasa macam ni mana boleh buat kuih. berdosa kan makcik?" karang kalau aku cakap cam tu tak pasal kena label anak dara kuranghajar kan. baik aku-bayar-diam-terus-balik menangis sambil bawak motor mengadu kat NekPah.*okay tipu yang part menangis tu.

masa zaman dulu kala, aku tau tepung gandum je. masa tu aku fiker yang tepung gandum tu lah the only tepung in this world. naif nye kau masa tu zaw. tapi sekarang macam macam tepung aku tau. paling aku tau tepung baling orang dengan telur tembelang. HAHAHAHAHA.

buat punya buat. uli punya uli. gomol punya gomol. masak punya masak. taraaa dah jadi kuih kelepong. sedap sedap sedap. nampak tak gagah usaha aku kat situ? senang jer nak buat benda ni. serius senang sangat. simple. macam baca ABC :)



*sila baca dalam satu nafas. kalau boleh anda memang tera !
kan baru balik dari reunion tu kan? seronok memang jangan cakap lah tapi sakit kaki mcm apa je sakit dia macam kena denda ketuk ketampi 100 kali dengan cikgu zul masa sekolah rendah dulu tu sebab buat bising dalam kelas eh nakal nya kau masa tu zaw tu lah gelak tak reti nak kaver rasa macam nak tertanggal skru skru lutut ni masa rukuk dengan sujud subhanaALLAH sakitnya kemain mengigil gigil habis semua minyak aku letak kat kaki ni semua tak berkesan tapi minyak masak belum terai lagi mungkin kita boleh terai mana tau elok pulak kan. *fuhhhhhhhhhh

okay bai :)


22 comments:

Unknown said...

sama la,tepung gandum tu jer tahu.haha

azalia hjsalleh said...

huish mengoda betul tgk kuih tuh . nak nak

efa said...

eh tu nma kuih apa yg awk bgtaw tu??sya panggil kuih buah melaka yg tu huhu

Auni Aizie. said...

kirim salam kat makcik tu. jgn smpi aku g kedai dia . ahhahaaaa

niesasukasuki said...

waaa,nk satu eheee..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kakD nampak mcm kuih buah melaka(kat kedah) ja...dlm tu ada gula gerek ka?(kat sana panggil gula kabung kot no)

pasal makcik kedai tu biaq kakD p cilikan mulut dia...ceh mcm la dekat dgn rumah kakD kan....hehehhe..

scya lollita said...

uish kuih tu kuih feberet cik scya .


kite bako je mulu mkcik tu keh3

Unknown said...

agak pedas jgk ckp makcik tu yer..

Nadia Mashuri said...

kenapa mkck2 kedai selalu mcm tu mulut nya?
sedapnya kuih tu, dah lama tak buat...

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kalu seme org reti buat kuih tu.... sape plak nak beli kuih makcik tu nanti... huhuhuhu

Unknown said...

oh, igt kuih apa kelepong tu buah melaka rupanya... knp la mkcik2 ni pndg rmdh kt ank dara ckp kita ni xreti buat itu ini? prnh kena mcm ni jugak...

Jannah Latif said...

cntik bhse mkcik tu.. sewangi bau longkang sblah kolej ek.. hahahaha :D

iKhRam said...

ko ckp kuey kolopong.. mano diorang tau zaw.. kuih buah melaka la.. kito kan universal dlm blospot nie.. hahaha

apopoun momartabatkan budayo kita di posado dunio

emieysandra said...

suke mkn kuih tuu. tgk kuih tu, mmg trus teringat bulan pose~

Miss b said...

kuih gula melaka tu eh

xtau lak nama die kuih kelepong ohh.

PADLE said...

ni bukan name kuih ni,kuih melaka ke?

xpnah dgr lak name die kuih kelepong..cak lempong pnah la dgr..haha!

zazaw said...

err kau orang. kuih buah melaka eh? yer lah kot. tapi aku panggil ni kuih keleponh. wahaha. lantaklah. janji sodap dimakan yer dak? HAHA

apek poyo said...

wahhh..pebret den

Wanie said...

kuih kelepong?haha
ad byk name ni..keke

jarang mkan..
stau skali je,
time bln posa..hee

Anati Soki said...

nenonenoneno
aku panggey menda ni buah melaka.
hehehehe...
buat kat aku 5bijik zaw!

HaNa Hani said...

haha...hana pggil kueh tuh kueh melaka..
lame xmakan aiiihhhh

len kali org perli kuarkan kate dengan elok2 dan tenang...pandg mate keatas...tgn kedada
kahkahkah!

aliza zeke said...

zaw macam sedap jer tgk kuih tuu..nak3!