1.8.11

puasa :)

salam semua. tiga hari aku putus perhubungan dengan dunia luar. gila. aku sangat merasakan diri ini umpama katak dihempap balak. mana tak nya. sampai je Seremban hari Jumaat baru baru ni. kampung tersayang dilanda banjir. apakah ayat dilanda itu? skema zaw!

iya lah bajet sangat kan orang TM tu nak tanam kabel bawah tanah. ha sekarang dah banjir. hamek kau. kau susah kena betul kan. dengan aku aku sekali susah sebab tak dapat online nak buaT esemen. gila tak de life bila aku tak baca blog kau orang satu hari. kahkahkah :D

dah bulan ramadhan kita ye? tak lewat lagi rasanya aku nak ucapkan dekat para pembaca blog selerak aku ni. "Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. semoga ramadhan ini penuh dengan seribu kerberkatan dan perbanyakkan segala amalan"

oh tak sabar betul nak main permainan yang bernama mercun. maka akan berlawanan lah seisi kampung "boomm boommm bommm" dan terkeluar lah laungan NekPah yang serupa boomm "dah jangan main lagi. orang dah nak sembahyang dah tu. gelak kuat kuat nak jadi apa? kau tu pompuan" ini lah dia bila rumah sebelah masjid. kita kena hormat menghormati sesama manusia. kena jaga nama baik family.

dan yang penting kena jaga tingkah laku ayu dan sopan aku supaya bila bersalam masa akhir sembahyang tarawih nanti akan ada suara makcik yang berkata " alahhh ayu nya cucu kau Pah. dah berpunya ke belum? kalau belum. jadi menantu aku je lah" okayyy pelempang sampai pengsannnnnn. bai :)

10 comments:

Anisa Hang Tuah said...

salam ramadhan adikku

:)

iKhRam said...

biar betul seremban banjir.. OMG..
apapun selamat berposa..

aliza zeke said...

dah besar tak yah nak maen mercun sgt zaw..haha

PADLE said...

salam ramadan zazaw...bulan puasa jangan main mercun..^^

Ibu Ammar said...

selamat menjalani ibadah puasa..


dah berpunya ke belommm?

Hans Hanis said...

hehehhehee
main meriam buluh lah
baru best
selamat berpuasa

Far8 budak baik said...

hahahaha baru tiga hari tu..
kalau seminggu..senget dah kau skrg kn..agagaga...
slmt berpuasa jugakk..
tu lahh kn..mmg ar knn
mesti bunyi nye mecun tu..
ekeke..peh cucu atok ni...
sopan gile kot..
x pyh lahh harap org tnye gitu
ahaha=p

ghost said...

tak pernah main mercun sampai sekarang.

Pyka Rahmat said...

mercun paling rare aku ialah pop.

Aweyn said...

jommmmmmmmmmmmm borong mercun hihi