19.3.12

accident

assalamualaikum. cuti cuti sekolah ni kemain banyak benar pulak accident kan? aku ni pun tak terkecuali jugak lah. Terima kasih ya ALLAH panjang kan umur hamba mu ini. aku accident dengan AYAM. ok bunyi agak macam kau nak ketawa kah kah kah. azab sakit mengigil terkejut kaku satu badan aku.

ayam tu lah time aku nak lalu dia pun nak terbang jugak. kot lah terbang atas kepala aku. ni bebetul separa mata aku. ha hambek kena langgar dengan helmet aku then terpelanting kena kat tangan aku. segala bapak punya ayam jantan besar gedabak ok. habis bengkak jari jemari aku dia langgar. sakit. tak boleh genggam atau bengkok jari aku. lurus.

bertebangan bulu bulu ayam tu. dan tamat riwayat ayam tu.bunyi dia jangan cakap lah. macam teruk bebenar. macam aku yang tersungkur sekali. habis semua orang dekat kedai pandang. aku masa tu ingat lepas ni mesti aku penduduk sementara Hospital Besar Tuanku Jaafar Seremban dah. kalau aku tak kawal EnPutih betul betul memang ke dalam longkang aku diam nya dah.

balik rumah cerita dekat PnMilah, NekPah dengan kerabat memulanya kena lah bebel. last last sepakat masing masing gelak aku accident dengan ayam. Syukur aku sejahtera. hanya jari je lah. daripada ayam tu mati. subhanaAllah minta jauh lah dari aku. aku nak balas jasa orang orang yang dah besarkan aku dulu.

ayam tu yang salah. sapa suruh tak tengok kiri kanan masa terbang. kejam ke aku?

okbai :)

7 comments:

Aweyn said...

kesian ayam..

eh tak..

zazaw lg kesiannn! hihi.. salah ayamm tuuu

H.S said...

hahahahah

tergelak-gelak saya baca.

accident ayam sampai orang semua pandang?hehehe

kesian kalian berdua.

tetiba teringat pulak iklan ayam lintas jalan.

Suhami Ahmad said...

ok fine...pagi2 hening yang sejahtera ni telah dicemari hilai ketawa atok...

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

baca doa naik kenderaan... insya ALLAH... ALLAH lindugi kita dari perkara yang tidak elok.....

zulhilmi tempoyak said...

adakah ini nmnya cinta..??

ayam tu mungkin nk ngorat..;p

L said...

adoi.. ayam2.. hihi.. ayam tu cedera x??=p

jom tmbah ilmu.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

Anati Soki said...

weyh!!! zaw! sumpah lawak! first time aku dgr org eksiden dgn ayam! hebat kau zaw!!! ahahahahaha comel!