20.7.12

Puasa

assalamualaikum.
Ahlan Wahsahlan kekasihku Ramadhan :)

Tiga tahun berpuasa dekat Melaka, yang kali ni puasa dekat Tanah Kelahiran sendiri fuyoo dia punya keterujaan dia lain macam. lain macam. Tiga tahun sahur (sahur lah sangat, padahal minum air masak je) berbuka dengan roomate dekat Melaka tu, kali ni bersahur dengan berbuka dengan Family. huyoo teruja dia macam 'wow balik-balik rumah Nenek dah masak lauk, tak payah pergi bazaar Ramdhan hari-hari makan lauk sama. yey!'

kalau nak diikutkan semua pengalaman berpuasa dekat Melaka tu kenangan yang sangat terindah. sangat terindah. paling rindu nak buka puasa rama-ramai dekat Kopitiam cop-cop meja lepas tu orang lain pandang 'eh heleh apahal main copcop tempat ni' haa kalau tak cop memang kau berbuka puasa atas jalan tar yang warna hitam tu lah.

taraweh rama-ramai dekat Dataran Hostel bawah Kanopi dengan angin sepoi-sepoi bahasa :) yaALLAH pasti akan rindukan kenangan yang sangat terindah dan indah dan indah. kehidupan di Hostel adalah kehidupan yang ter ngammm pernah aku alami.

lepas ni dah tak payah susah-susah dah nak pasang alarm handphone, lepas tu snooze lima minit. lepas tu snooze lima minit. lepas tu snooze lagi lima minit. lepas tu terus tertidur sampai pukul 7. bangun-bangun tidur nak subuh 'eh kita tak sahur eh pagi tadi ' . kalau nak diikutkan aku bangun sahur minum air masak yang entah sapa-sapa hulur, lepas tu terus tidurr balik. HAHAHAHAHA. zazaw zazaw zazaw. Perangai !

lepas ni dah tak payah dah kot susah payah nak pasang alarm lepas tu snooze snooze banyak kali punya banyak kali sebabnya dekat rumah dah ada alarm terbaik iaitu NekPah. selagi kau tak bangun selagi tu lah di paksa nya kau bangun. HEHEHEH !


Atas ni Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1433 H/ 2012 M bagi Negeri Sembilan Darul Khusus :) Jadinya Selamat Bepuasa untuk semua umat manusia tidak kira dimana anda berada. anpun maaf dipinta jika ada salah dan silap. semoga kita semua diberkati dibulan yang penuh dengan kemulian ini.

Anggaplah Ramadhan ini seperti kekasihmu yang kamu tidak ketemu selama berbulan lamanya. Belailah dan manfaatkannya :) -Ihya' Ramadhan 2012

6 comments:

syakirahmn said...

salam ramadhan zazawww! insyaAllah semoga Allah permudah! :)

best lah puasa kat rumah! ;)

azalia hjsalleh said...

excitednya diaaaaaa !
kita pun..
x sabar betul nk jumpa ramadhan
kita nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan..
jgn lupa puasa sunat k

Aweyn said...

sama la kita zazaw! 3 tahun asyik bbuka kt hostel kt ganu nuh haaa. tp saat2 tu sgt manis :'D


n teruja bpuasa kt negeri kelahiran sndri tahun ni. lg syok sbb kt sabah bbukan pukul 6 ptg ehehe

anyway,slmt menjalani ibadah puasa zazaw ;)

aliza zeke said...

waktu belajar mmg besh zaw..kenangan terindah...hehe


zawwwwwwwwwww selamat berpuasa yer :)

Auni Aizie. said...

Tapi ittew windu nak berbuka bersahur berbazar dengan kowank . ihhikss

Unknown said...

atok ado dapek jadual tu kat mesjid negeri...hihi